Thursday, 1 November 2012

MASALAH BAU & KEPUTIHAN BERLEBIHAN

Masalah kegatalan dan keputihan mungkin berpunca daripada jangkitan di faraj dan permukaan kulit sekitarnya. Masalah ini boleh dirawat dengan jalani ujian untuk mengesahkan jangkitan dan mendapatkan nasihat doktor tentang kaedah rawatan terbaik mengatasinya.

Selain jangkitan kuman, ia mungkin dijangkiti kutu rambut yang menimbulkan kegatalan tersebut. Penyakit ini banyak berkait rapat dengan penjagaan kebersihan di sekitar kemaluan dan amalan pemakanan.

Keputihan biasanya boleh bertukar akibat campuran peluh dan jangkitan bakteria serta akan mengeluarkan bau yang agak kurang menyenangkan jika tahap kebersihan sekitar kemaluan kurang dijaga.

Penggunaan pantyliner yang mengandungi wangian atau dari sumber herba untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan ini adalah untuk meningkatkan keyakinan diri ketika bergaul dengan rakan-rakan. Amalkan juga penukaran pantyliner sekerap yang mungkin dan penjagaan kebersihan di kawasan alat sulit terutama
ketika datang haid.

Minta pandangan doktor rawatan bagaimana untuk menyelesaikan punca masalah ini dan jangan hanya tertumpu kepada menutup gejala seperti bau yang timbul. Pastikan juga masalah ini dirawat dengan sebaik mungkin dan tidak menjadi lebih teruk dan menjejaskan kehidupan berkeluarga nanti.

Berikut adalah antara panduan dalam menjaga kebersihan alat sulit :

  *  Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air.

  * Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada   hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya.

  * Elak daripada sering mengamalkan douching iatitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria lactobacilli dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

  * Elakkan menyabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.

  * Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optima.

  * Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan ini berkesan untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi kencing (urinary tract infection).

  * Elakkan memakai pakaian dalam sentetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.

  * Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, elok memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

penggunaan tuala wanita Greeno Herbal Plus  mampu menghindarkan anda dari gejala penyakit keputihan. Kuantiti herba yang terkandung di dalam tuala wanita ini mampu memulihkan penyakit ini seterusnya merawat serta melindungi kawasan sekitar vagina anda.

Klik sini untuk dapatkan Pad GREENO Herbal Plus : http://ratugreenoherbalplus.blogspot.com/p/cara-pembelian.html