Tuesday 9 October 2012

Keputihan....!!!! Apa? Penyebab? Cara atasi?


Apa itu keputihan?
Keputihan atau nama saintifiknya Fluor Albus adalah merupakan rembesan abnormal pada wanita. Keputihan yang disebabkan oleh jangkitan biasanya disertai dengan rasa gatal dalam vagina dan disekitar bibir kemaluan bahagian luar. Yang sering menimbulkan keputihan, ialah disebabkan oleh Bakteria, Virus dan Parasit. Jangkitan ini dapat menjalar dan menimbulkan peradangan ke saluran kencing, sehingga menimbulkan rasa pedih saat si penderita buang air kecil.

Penyebab Keputihan?
Penyebab keputihan secara umum adalah:
  1. Sering memakai tisu sewaktu membersihkan kemaluan selepas membuang air kecil atau air besar
  2. Memakai pakaian dalam yang ketat yang diperbuat daripada bahan sistesis.
  3. Tidak menukar pantiliner
  4. Kurang menjaga kebersihan vagina
  5. Memakai sebarang sabun ketika membasuh vagina
  6. Sering bertukar-tukar pasangan dalam melakukan hubungan seks

Mari kita kenali jenis-jenis penyebab utama keputihan yang anda semua mesti tahu:

a. Jamur Candidas atau Monilia
Warnanya putih susu, kental, berbau agak keras, disertai rasa gatal pada kemaluan. Akibatnya, mulut vagina menjadi kemerahan dan meradang. Biasanya, kehamilan, penyakit kencing manis, penggunaan pil perancang, dan rendahnya daya tahan tubuh menjadi faktor utama. Bayi yang baru lahir juga berkemungkinan dijangkiti keputihan akibat Candida kerana disaat kelahiran tanpa sengaja, bayi  menelan cairan ibunya yang menderita penyakit tersebut.

b. Parasit Trichomonas Vaginalis
Cairan keputihan sangat kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir. Keputihan kerana parasit ini tidak menyebabkan gatal.

c. Bakteri Gardnella
Jangkitan keputihan jenis ini menyebabkan rasa gatal dan mengganggu pergerakan seharian. Warna cairan keabuan, berair, berbuih, dan berbau hamis. Beberapa jenis bakteria lain juga menyumbang kepada munculnya penyakit kelamin seperti sifilis dan gonorrhoea.

d. Virus
Keputihan akibat jangkitan virus ini juga menumbang kepada penyakit kelamin, seperti condyloma, herpes, HIV/AIDS. Condyloma dapat dikesan dengan  tumbuhnya kutil-kutil yang sangat banyak disertai cairan berbau. Ini sering pula menjangkiti wanita hamil. Sedang virus herpes ditularkan lewat hubungan badan. Bentuknya seperti luka melepuh, terdapat di sekeliling liang vagina, mengeluarkan cairan gatal, dan terasa panas. Gejala keputihan akibat virus ini juga boleh  menjadi faktor penyumbang kepada penyakit kanser rahim.

Tips-tips untuk menghindari keputihan
  1. Jalani diet seimbang dan banyakkan meminum air masak
  2. Cukup tidur dan istirehat
  3. Jangan menggaru vagina sekalipun terasa gatal
  4. Jaga kebersihan tubuh badan dan hindari dari menggunakan pembersih wanita yang mengandungi perfum.
Disini saya ingin membuat tambahan yang mana penggunaan tuala wanita Greeno Herbal Plus  mampu menghindarkan anda dari gejala penyakit keputihan. Kuantiti herba yang terkandung di dalam tuala wanita ini mampu memulihkan penyakit ini seterusnya merawat serta melindungi kawasan sekitar vagina anda.




















No comments:

Post a Comment